Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , , , , , » BELAJAR SEO
| 0 comments ]
Share

Salam semua pembaca semua, sebenarnya saya tengah belajar seo iaitu search engine optimization.Pada masa yang sama, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tips atau langkah pertama untuk menjadikan website anda mesra seo.Denagn murah hati,saya pon buat la sedikit tutorial ringkas ini.

Mempunyai website yang bagus dan baik, tidak dijamin akan mendapat ranking
yang tinggi di dalam search engine. Bagaimana pengunjung boleh melihat
website anda jika website anda berada dalam kedudukan yang ke 200.
Setiap search engine mempunyai cara dan algoritma mereka masing-masing
untuk menentukan kedudukan atau ranking satu-satu website itu. Tetapi tip
yang diberikan di bawah adalah kaedah yang sering digunakan dalam sebahagian
besar search engine. Pastikan website anda menggunakannya.

1. Keyword pada domain name : jika anda memiliki website yang
menerangkan tentang perkahwinan atau tentang menghasilkan pendapatan
dengan hanya bekerja di rumah, anda boleh menggunakan domain name
seperti ini - wedding.com. perkahwinan.com, makemoneyathome.com,
buatduit.com atau sebagainya.

2. Keyword pada nama file : sebagai contoh anda page website anda
mempunyai artikel tentang menghasilkan pendapatan dengan bekerja di
rumah ataupun mengenai perkahwinan. Tajuk yang anda letak pada artikel
anda adalah seperti ini - 10 Rahsia Perkahwinan Yang Bahagia anda boleh
simpan dengan nama 10_rahsia_perkahwinan_yang_bahagia.html atau 10
Ways To Make Money With eBooks boleh di simpan dengan nama
10_ways_to_make_money_with_eBooks.html.

3. Keyword pada page title : Semestinya setiap title yang digunakan mengandungi keyword yang sesuai dengan isi/content website anda.

4. Keyword pada headline : bagi anda yang sudah menguasi HTML pasti
mengenali tag. Headline ini akan diambil kira oleh search engine.

5. Gunakan keyword yang sesuai pada meta tag : jangan sekali-kali
menggunakan keyword yang sama atau berulang dan tidak mempunyai
kaitan dengan isi/content website anda. Ini dikenali sebagai keyword
stacking/spamming.

6. Keyword pada page isi/content : keyword yang dikehendaki perlu
berada di dalam isi/content page website anda. Gunakan fasa atau kata-kata
lain yang menghubungkan dengan keyword utama. Sebagai contoh keyword
utama adalah insurans ditambah insurans kesihatan atau insurans sewa beli.

7. Meta tags : adalah tag di dalam HTML yang digunakan untuk
mengambarkan keseluruhan isi/content website anda.Bagaimana nak buat meta tag tu,nanti saya akan buat tutorial. Nantikan yer?

8. Link Popularity : adalah jumlah website lain yang meletakkan link ke
website anda. Semakin banyak link popularity website anda, akan semakin
tinggilah ranking website anda di dalam search engine. Jadi,kita sama-sama blogger ,kongsikan link blog anda dengan rakan-rakan blogger yang lain untuk meningkatkan jumlah backlink.

Jika anda menggunakan 8 kaedah yang saya berikan di atas, insya'allah website
anda akan mendapat ranking yang baik di dalam search engine.Semoga langkah di atas akan menjadikan website anda mesra seo dan mendapat ranking pertama di google. Pada masa akan datang ,saya akan berkong tentang teknik seo yang lain serta cara nak buat meta tag . Kepada yang belum menjadi follower bolehlah la menjadi follower kepada blog ini untuk mendapatkan tips dan tutorial selanjutnya dengan cara yang cepat. Jangan lepaskan peluang keemasan ini .GRAB IT NOW.

p/s : Kepada yang mempunyai soalan ,sila lah bertanya di ruangan komen. Saya sedia membantu. :-)

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics