Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , , , , » Siasatan kes bunuh Sosilawati selesai
| 0 comments ]
Share

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omarhari ini berkata, siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

"Polis masih meneruskan siasatan (kes pembunuhan Sosilawati)...kita akan

selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis

rumah terbuka Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob sempena Hari Raya Aidilfitri di sini.

Semalam, pasukan forensik polis dilaporkan sekali lagi melawat ladang milik

suspek utama kes pembunuhan Sosilawati yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Sosilawati, 47, pemandu Kamarudin Shansuddin, 44, peguam peribadi Ahmad

Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lepas, polis mengesahkan mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. - Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics