Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , , , , » SUSPEK KES BUNUH SOSILAWATI
| 0 comments ]
Share

Empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dibawa memasuki Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini hari ini dengan sebuah van polis.
Tinjauan mendapati kesemua suspek yang berpakaian oren itu dibawa ke situ kira-kira jam 11.20 pagi tadi dipercayai bagi membantu pasukan forensik mengesan bukti-bukti terbaru kes itu. Kira-kira 20 minit sebelum itu, lima kenderaan forensik termasuk kereta polis memasuki kawasan ladang itu. Wartawan dan jurugambar yang pada mulanya dibenarkan memasuki kawasan ladang kemudian diarah keluar oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk ladang milik suspek utama yang juga seorang peguam kira-kira 20 minit kemudian. Pada kira-kira jam 3.30 petang, sesemua suspek dibawa keluar dari ladang itu.


Difahamkan tiada sebarang bukti terbaru ditemui selama operasi empat jam itu. Bagaimanapun, operasi itu dijangka disambung semula esok. Sosilawati, 47; pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Pada pendapat aku,memang wajar suspek dibawa semula ke tempat kejadian untuk mencari lagi bukti tambahan. Tapi aku pelik jugak, bila hukuman akan dilaksanakan? agak2 bila yer?

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics