Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » 1,000 berkumpul bantah Festival Busana Muslim
| 0 comments ]
Share


KUALA TERENGGANU – Seramai 1,000 penyokong Pas dan orang ramai hadir menyaksikan bantahan penganjuran Festival Busana Muslim di luar pekarangan Masjid Pengadang Baru, di sini, semalam.

Bantahan itu diketuai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani yang diadakan sebaik saja selesai solat Jumaat turut menarik perhatian orang ramai yang lalu di kawasan itu.

Azman Shapawi ketika ditemui berkata, ia bertujuan membantah tindakan penganjuran festival yang dianggap menghina syariat Islam selain tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah yang terlibat dalam festival fesyen itu selaku penganjur.


Nak tengok gambar fesyen tu??? 
Sila klik sini untuk tengok gambar fesyen tu..


“Pemuda Pas menentang sekeras-kerasnya kerana ia didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi Muhammad dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, semalam.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), Mohd Nor Hamzah dan Ketua Pemuda Pas Marang, Wan Mohd Zuki Wan Ismail.

Bantahan dianjurkan Pemuda Pas Terengganu dan dilakukan serentak di beberapa masjid di seluruh negara melalui penganjuran peringkat Pemuda Pas Pusat.

Selain di Masjid Pengadang Baru, bantahan turut diadakan di Masjid Batu Rakit diketuai Timbalan Ketua DPPNT, Wan Sukairi Wan Abdullah, Setiausaha DPPNT, Wan Mohd Faizul Wan Abas dan Yang Dipertua Pas Setiu, Mohd Fauzi Muda.

Pimpinan Pemuda Pas yang hadir menyampaikan ucapan selain laungan takbir yang turut disahut penyokong mereka.

Kedua-dua perhimpunan itu berlangsung kira-kira setengah jam dan orang ramai serta penyokong Pas beredar dalam keadaan aman.

Sebenarnya aku ada tangkap gambar masa orang ramai berhimpun, tapi aku rasa tak perlu letak dalam blog ni sebab blog aku tak ada kena mengena dengan politik langsung, Harap maklum ,Salam 


0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics