Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » Harga tiket bola sepak naik
| 2 comments ]
Share

BAGI menjaga prestij saingan bola sepak terunggul di negara ini iaitu Piala Malaysia, harga tiket perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini dinaikkan dengan tempat duduk utama akan dijual dengan harga RM50 manakala RM30 ditetapkan untuk tempat duduk bebas.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan peningkatan harga itu berbanding RM30 (tempat duduk utama) dan RM20 (tempat duduk bebas) pada perlawanan akhir musim lalu yang turut menemukan Kelantan dan Negeri Sembilan.

“Sebanyak 2,000 tiket disediakan untuk tempat duduk utama manakala selebihnya adalah untuk tempat duduk bebas selain kanak-kanak bawah 12 tahun turut dikenakan tiket berharga RM5,” katanya yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan akhir itu, semalam.


Menurutnya lagi pada peringkat awal sebanyak 30,000 tiket akan diperuntukkan untuk kedua-dua pasukan yang dijangka dijual mulai hari ini sehingga tengah hari Jumaat ini dengan bakinya akan dipulangkan kepada FAM untuk dijual di Stadium Nasional yang mempunyai kapasiti sehingga 100,000 penonton.
Hamidin bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar tiket yang akan dijual di Stadium Nasional sehingga Jumaat ini atas alasan keselamatan namun tiket di stadium itu pula akan dijual kepada peminat kedua-dua pasukan bermula pada pagi hari perlawanan yang menyaksikan Kelantan diletakkan sebagai tuan rumah.

“Kita juga sudah bersetuju untuk membuka stadium pada seawal 4 petang serta meningkatkan tahap keselamatan berdasarkan pengalaman yang lalu termasuk kawalan keselamatan ketika para penyokong meninggalkan stadium.
“Pada tahun ini juga sebarang penjualan makanan dan minuman di stadium adalah dilarang selain pemeriksaan badan kepada semua penonton bagi mengelakkan barangan tidak dibenarkan masuk seperti mercun dibawa masuk,” katanya yang turut enggan mendedahkan jumlah sebenar anggota keselamatan yang terbabit.

2 comments

darkbatman said... @ October 27, 2010 at 2:23 AM

bg aku cam xadil btl.. last2 bru umum siap naik rm10.. hampeh btol..

yoy said... @ October 27, 2010 at 3:40 AM

harga naik..kualiti game pun kene setaraf..

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics