Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » JENAYAH SIBER
| 0 comments ]
Share



PERTANDINGAN mencipta perisian penyelidikan jenayah siber terbuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang berminat.


PENERAJU perisian pengurusan keselamatan kandungan dunia, Kaspersky Lab kembali menganjurkan pertandingan mencipta perisian mencegah jenayah siber untuk tahun 2010.
Pertandingan tersebut terbuka kepada mahasiswa dan seluruh pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang berminat.
Program Generasi Masa Depan Keselamatan IT dan Piala Asia Persidangan Pelajar Kaspersky Lab itu bertujuan untuk mengumpul pelajar, ahli sains, pengamal perundangan, ahli ekonomi dan penyelidik untuk bekerjasama membentang dan membincangkan isu berkaitan dengan jenayah siber.
Fasa pertama persidangan itu akan bermula dengan pertandingan Piala Malaysia. Dalam persidangan tersebut tiga kertas kerja terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
Tiga pemenang itu kemudian akan mengambil bahagian untuk fasa berikutnya iaitu Piala Asia. Dalam fasa tersebut, pelajar terbabit akan bersaing dengan universiti dan institusi pengajian tinggi dari seluruh rantau Asia Pasifik.
Penyertaan paling banyak
Pertandingan itu akan berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada bulan Februari 2011. Tahun lalu program tersebut menerima sambutan yang amat menggalakkan.
Malah, mahasiswa dari Malaysia menghantar paling banyak penyertaan berbanding rakan-rakan mereka yang lain di Asia Tenggara.
"Isu jenayah siber semakin berleluasa di seluruh dunia ketika ini dengan peningkatan spam, malware dan pembuli siber.






















"Sehubungan itu, sangat penting untuk terus meningkatkan tahap kewaspadaan dan bersiap sedia menghadapi jenayah siber ini sambil mengetahui langkah terbaik bagi membendung dan mencegah aktiviti negatif siber.
"Atas sebab itu jugalah Kaspersky Lab memberi penekanan ke arah pembangunan saintifik dan kajian inovatif dalam bidang ini," kata Pengarah Jualan Saluran Kaspersky Lab SEA, Jimmy Fong.
Kertas kerja yang dibentang akan dinilai dan diperhalusi oleh jawatankuasa program yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kaspersky Lab, Eugene Kaspersky bersama pakar Kaspersky Lab serta profesor dari universiti dan institusi pengajian tinggi.
"Kami berbangga Malaysia dan UiTM dipilih menjadi tuan rumah Piala Asia kerana ia akan menyerlahkan lagi Malaysia sebagai hab pengetahuan dan teknologi di rantau Asia Pasifik," tambah Fong.
Dalam pada itu, tiga kertas kerja terbaik daripada Piala Asia akan bersaing pada Piala Antarabangsa yang akan berlangsung di Zurich atau Munich pada April 2011.
Pelbagai topik disediakan untuk program yang meliputi bidang teknikal, sosial, ekonomi dan perundangan. Untuk mendaftar atau menghantar kertas kerja, sila layari laman web http://www.kaspersky.com/it_security_conference_2011_asia.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics