Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » Kes hina Sultan Johor guna facebook
| 0 comments ]
Share

Polis Johor sedang menyiasat kewujudan satu akaun dalam laman sosial Facebook yang dikatakan menghina institusi kesultanan Johor.
 

 Facebook itu didakwa menuduh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini sebagai perbuatan membazirkan wang rakyat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai akaun Facebook itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pukul 4.33 petang semalam.
Menurutnya, laporan polis dibuat oleh seorang individu yang enggan didedahkan identitinya setelah tidak berpuas hati kewujudan akaun Facebook itu.


Beliau berkata, polis sedang menyiasat perkara tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kita beri jaminan akan siasat laman sosial ini yang didakwa mengandungi maklumat palsu. Jika ada unsur hasutan, siasatan akan dijalankan dan jika sebaliknya ia akan diserahkan kepada SKMM untuk tindakan lanjut.

"Tolong hentikan perbuatan seperti ini. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka kerana perbuatan ini mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat terutama mereka yang menjadi mangsa sebaran maklumat palsu itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Awal tahun ini, seorang juruteknik komputer sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan menghina institusi kesultanan dan rakyat Johor menerusi blog adukataruna.blogspot.com pada 22 Januari lalu.

Pada Ogos lalu, ada individu yang didakwa menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial Facebook.

Laman Diari Harian Tunku Mahkota Johor dipercayai dikendalikan oleh seorang individu yang dikenali sebagai 'Miky' dan dikatakan mempunyai kira-kira 10,000 peminat.

Dalam kes terbaru ini, Utusan Malaysia difahamkan, akaun Facebook itu dipercayai sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan pernah dihentikan seketika sebelum diaktifkan semula pada bulan lalu.
Bagi mengelak pemilik akaun laman sosial itu daripada dikesan, individu tersebut meletakkan gambar palsu seorang wanita berusia lingkungan 20-an.

Mohd. Mokhtar seterusnya berkata, polis sudah memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dan fitnah, namun masih ada yang berani berbuat demikian.
"Nampaknya, peringatan itu tak masuk dalam kepala dan mereka cuba mencabar undang-undang. Malah, mereka ini tidak menghormati institusi raja yang mana baginda merupakan payung dan pelindung rakyat," ujarnya.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics