Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » Proton jual 1600 Inspira sebulan
| 0 comments ]
Share


sebahagian daripada bahagian hadapan Proton Inspira yang didedahkan kepada orang ramai sebelum keseluruhan bentuk kereta itu didedahkan pada majlis pelancarannya 10 November ini.

Proton Inspira yang diasaskan dari model Mitsubishi Lancer bakal mengisi kekosongan segmen Proton Waja yang akan dihentikan pengeluarannya tidak lama lagi.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kerjasama pintar antara Proto dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun itu bukan untuk menggantikan model Proton Waja tetapi untuk mengisi segmen kereta antara kelas C dan di bawah kelas D.
Katanya, sedan baharu empat pintu itu akan dijual pada harga bermula RM79,888 sehingga RM95,000.
"Dengan pengenalan Proton Inspira ini kami menjangkakan jualan sebanyak 1,600 buah sebulan dan penghantaran pertama akan dilakukan pada 10 November ini bagi sesiapa yang mula membuat tempahan bermula hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prapelancaran Proton Inspira di sini hari ini.
Model tersebut didatangkan dengan empat warna iaitu hitam, perak, putih dan merah dengan teknologi transmisi penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III).
Ciri-ciri lain ialah auto cruise, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang di hadapan dan belakang serta beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.


 
Menurut Syed Zainal Abidin, Proton Inspira adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan MMC yang membolehkan pembuat kereta nasional itu menjimatkan banyak masa dan dana.
"Kos untuk membangunkan sebuah model baharu adalah antara RM600 juta hingga RM700 juta tetapi melalui kerjasama ini kita boleh menjimatkan kos melebihi separuh daripada apa yang diperlukan dan ia merupakan kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC," katanya.
Ujarnya, Proton Inspira dipasang di kilang yang sama model Exora dikeluarkan dan MMC telah memperakui bahawa model yang dipasang oleh Proton adalah setanding dengan apa yang diimport.
Katanya, tidak timbul Proton membawa masuk model pasang siap kerana apa yang akan dihantar kepada para pembeli nanti adalah yang dipasang sepenuhnya di Malaysia.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mengeksport Proton Inspira pada masa depan jika terdapat permintaan yang baik namun pihaknya akan memastikan permintaan pasaran domestik terlebih dahulu dapat dipenuhi.
Tempahan bermula hari ini dengan yuran minimum RM1,000 dan bagi pembeli yang menempah kereta pada hari ini hingga 15 November akan mendapat perkhidmatan servis untuk tempoh dua tahun secara percuma atau 50,000 kilometer pertama.
Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November ini.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics