Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » Tukar style Google Images baru kepada lama
| 0 comments ]
Share


  • g

NEW GOOGLE IMAGES
















Aku rasa paparan Google Images yang baru ni macam menyusahkan je. Lembab nak mampus tunggu loading! Bagi korang yang ada internet berkelajuan tinggi mungkin tak rasa sangat kot. Aku menjalani hidup seorang blogger yang hanya pakai wifi percuma yang kadang-kadang slow, kadang-kadang lembab, kadang-kadang laju, kadang-kadang super laju.

Google Images ni tiru konsep yang digunakan oleh Bing. Apa yang best sangat dengan konsep tu aku pon tak tau. Yang aku tau, aku tak suka dengan fungsi baru Google Images tu dan aku bengang sebab loading gambar lambat melampau-lampau!
Hasil carian yang aku buat di laman web Google menemukan aku dengan jalan penyelesaian bagaimana nak menukar style Google Images yang baru ni kembali jadi macam paparan Google Images yang lama, yang nyata lebih cepat dan pantas berbanding yang baru.
Ada 3 cara yang boleh kita guna untuk mengubah paparan Google Images baru kepada paparan Google Images yang lama, iaitu:
  1. Time korang buat carian di Google Images, pada laman yang memaparkan hasil carian gambar-gambar tu, scroll hingga ke bawah dan korang akan nampak “Switch to basic version“. Sila klik pada link tersebut untuk tukar ke paparan Google Images yang lama.
     
  2. Cara kedua menggunakan string “&sout=1” atau “sout=1” pada hujung URL. Setiap hasil carian gambar akan memaparkan URL yang panjang berjela. Korang just tambah string ‘sout’ tadi tu pada hujung URL. Contoh:
     
  3. Menggunakan script Greasemonkey. Greasemonkey merupakan Addons untuk Firefox. Bagi pengguna tegar Google Chrome, korang boleh juga pakai script Greasemonkey ni pada browser korang. Sila rujuk “Greasemonkey For Chrome“. Ini pula script yang perlu dipasang pada Greasemonkey untuk mengaktifkan fungsi menukar paparan Google images yang baru kepada yang lama. Sila ke laman http://userscripts.org/scripts/show/82145 dan tekan butang ‘INSTALL’ yang ada kat laman tu untuk memasang script ‘Old Google Images’ ni pada Greasemonkey. Pastikan korang enable dulu addons Greasemonkey untuk membolehkan script tu dipasang ke dalamnya.
    OLD GOOGLE IMAGES
    Dengan aktifnya script Greasemonkey ni, setiap carian di Google Images akan memaparkan style Google Images yang baru terlebih dahulu sebelum ianya ditukarkan secara automatik ke style Google Images yang lama dalam jangkamasa yang tertentu. Ada jarak masa jugak la sebelum paparan tu bertukar. Sabor la kejap ye. Yang penting semuanya auto dan kita tak payah susah-susah nak klik tu, nak klik ni. Just tunggu dan lihat.
     
Aku recommend korang pakai je script Greasemonkey tu sebab lebih mudah. Tak perlu buat secara manual. Semuanya akan ditukarkan secara automatik.
Harap perkongsian ni dapat digunakan bersama bagi sesiapa yang tak suka pada style Google Images yang baru. Yang suka tu boleh la terus gunakan fungsi tu macam biasa. Takde sape nak larang. Google memang terbaik dalam hidup seorang blogger.Apa pendapat semua pembaca sekalian???


0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics