Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » BERAPAKAH GAJI PM SEBULAN?
| 3 comments ]
Share

Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 manakala jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen dan elaun mereka dari tahun 2005 hingga tahun 2009.
Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.
Katanya, RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada tahun 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

3 comments

saff'sWords said... @ November 24, 2010 at 1:07 PM

fuyoo. terbeliak kott mata aku tgk angka tuh. goyang kaki la aku kalau gaji sebulan mcm tuh :PP

~emi~ said... @ November 24, 2010 at 1:29 PM

waaahhh...senang nye idup dorg ye.org len nk kne tggu berbulan-bulan-bulan bru dpt byk tu..dorg sbulan da dpt.

suzie rahman said... @ November 24, 2010 at 1:33 PM

giler bnyk...ate xreti2 bersedekah plak.

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics