Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » Filem Harry Potter and the Deathly Hallows Meletup
| 1 comments ]
Share



Filem ‘Harry Potter and the Deathly Hallows: Part One’ menduduki senarai teratas ‘box office’ di Amerika Utara pada hujung minggu lalu dengan meraih AS$50.3 juta (RM156 juta) dari segi jualan tiket pada Jumaat hingga Ahad.
 
Ia mengatasi filem animasi terbaru terbitan Disney, ‘Tangled’ yang mencatatkan kutipan AS$49.1 juta (RM152 juta) untuk tempoh yang sama.

Dengan kutipan terbaru itu bermakna siri baru Harry Potter itu sehingga ini mencatatkan jualan sebanyak AS$220 juta (RM682 juta) di Amerika Syarikat saja sementara ia terus mencatatkan rekod baru di seluruh dunia.
Pada masa sama, filem komedi ‘Megamind,’ menduduki tempat ketiga dengan pendapatan AS$12.8 juta (RM40 juta) sepanjang Jumaat hingga Ahad

 
Real Time Web Analytics