Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » GAMBAR AARIF JELMAAN BRUCE LEE
| 1 comments ]
Share

AARIF menjelmakan karakter Bruce Lee ketika usia remaja menerusi filem Bruce Lee My Brother.
 
IA merupakan bintang baru paling bersinar di Hong Kong saat ini. Mula digilap bakatnya sebagai penyanyi dan muncul dengan album sulungnya dengan single popularnya, Fly Away, Aarif Lee muncul dengan album keduanya pada tahun ini.
Namun, bakatnya dilihat lebih bersinar dalam dunia lakonan.
AARIF bersama aktres Tse Ting-Ting pada tayangan perdana filem Bruce Lee My Brother di Hong Kong pada 11 November lalu.


Percaya atau tidak, pada tahun ini, dia muncul dengan tiga buah filem!
Filem sulung lakonannya, Echoes of Rainbow yang mula ditayangkan pada Mac tahun ini membawa tuah buat anak muda yang baru berumur 23 tahun itu apabila lakonannya diiktiraf.
Hasil lakonan hebat menerusi filem tersebut, pemuda berdarah kacukan Melayu, Arab dan China itu menjulang trofi Anugerah Pelakon Baru Terbaik pada majlis Anugerah Filem Hongkong ke-29 yang berlangsung pada 18 April tahun ini.
Filem keduanya, Frozen pula ditayangkan pada September tahun ini, sebelum disusuli filem ketiganya yang dijangka bakal meletakkan dirinya sebaris dengan bintang gred A Hong Kong yang lain kerana naskhah yang berjudul Bruce Lee My Brother itu mengangkat Aarif sebagai Bruce Lee ketika remaja.
Peluang melakonkan lagenda filem aksi tersohor itu bukan mudah untuk diperolehi, hanya Aarif seorang yang berjaya menggapainya!
SATU babak menarik Bruce Lee My Brother.
 
"Saya berasa sungguh bertuah dipilih membintangi filem ini. Siapa sangka saya dapat melakonkan watak Bruce Lee pada usia saya baru 23 tahun," ulasnya mengenai filem arahan bersama Raymond Yip dan Manfred Wong itu.
Filem itu turut menampilkan dua pelakon tersohor Hong Kong, Tony Leung Kar-fai dan Christy Chung

1 comments

darkbatman said... @ November 19, 2010 at 10:59 AM

pelakon bru ker ne? xpenah dgr..

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics