Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , , » GAMBAR JEMAAH MEMULAKAN HAJI
| 1 comments ]
Share

RATUSAN ribu jemaah mengelilingi Kaabah di Mekah, kelmarin.Gambar di atas menunjukkan suasana sebenar jemaah memulakan haji.  
 
Para jemaah memulakan pegerakan haji semalam dengan bergerak dari Mekah ke Mina tanpa sebarang insiden besar.
 
Tiada perangkaan rasmi mengenai jumlah jemaah haji tetapi beberapa pihak menganggarkan seramai 2.5 juta jemaah mengerjakan haji tahun ini.
Pihak berkuasa berkata, permit telah diberikan kepada 1.7 juta jemaah haji asing dengan 200,000 diperuntukkan kepada jemaah dari Arab Saudi dan negara-negara jiran.
Pada musim haji tahun ini, operasi menangkap jemaah haji yang tidak memiliki dokumen sah dilakukan bagi mengelak jumlah jemaah berlebihan sehingga tidak mampu dikawal pihak berkuasa.
Seorang pemandu telah ditangkap kerana membawa jemaah haram akan dikenakan denda sebanyak 10,000 riyal (RM8,291) bagi setiap individu yang dibawanya.
Pergerakan jemaah haji ke Mina menandakan permulaan haji pada hari kelapan bulan Zulhijjah.
Para jemaah itu berhenti di Mina untuk bermalam.
Pada hari ini, jemaah akan bergerak ke Padang Arafah dan mereka menghabiskan masa dengan bersolat dan berdoa.
Selepas matahari terbenam, para jemaah bergerak ke Muzdalifah untuk bermalam.
Pada keesokan hari, Hari Raya Aidiladha disambut di Arab Saudi dan jemaah kembali semula ke Mina selepas solat subuh.
Para jemaah kemudian melakukan lontaran batu peringkat pertama sebagai lambang membaling batu ke arah syaitan dan sebahagiannya mengorbankan seekor haiwan untuk disembelih.
Dalam tempoh tinggal tiga hari lagi sebelum musim haji berakhir, para jemaah meneruskan lontaran batu ke tugu batu yang melambangkan kedudukan syaitan.
Pada tahun ini, perkhidmatan kereta api akan membawa jemaah antara Mina dan Padang Arafah melalui Muzdalifah.
Sementara itu, kumpulan Al-Qaeda di Semenanjung Arab yang berpangkalan di Yemen menafikan akan melakukan sebarang serangan pada musim haji di Arab Saudi.
"Haji ialah Rukun Islam dan kami tidak bersemangat untuk menumpahkan darah orang Muslim walau di mana mereka berada. Mekah lebih suci dari tempat lain," kata kumpulan itu dalam stau kenyataan di sebuah laman web di Internet.
Kenyataan itu dibuat selepas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdulaziz menyatakan kumpulan Al-Qaeda mungkin melakukan serangan semasa musim haji.
RIBUAN khemah haji disediakan di Mina, dekat Mekah semalam.
 
Kelmarin pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menyerahkan tugas mengetuai satu jawatankuasa bagi mengawasi musim haji kepada Putera Nayef.
Pada kebiasaannya Raja Abdullah mengetuai jawatankuasa itu yang ditubuhkan bagi memastikan kelancaran musim haji.
Namun, baginda memutuskan untuk menyerahkan tugas itu kerana sebelah kakinya yang sakit. 

1 comments

darkbatman said... @ November 16, 2010 at 1:37 PM

selamat menyambut hari raye haji.

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics