Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » GURU BERDEPAN HUKUMAN SETIMPAL
| 3 comments ]
Share

Kementerian Pelajaran tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan sekiranya dia terbukti melakukan penderaan menggunakan seterika panas terhadap beberapa pelajarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tindakan setimpal perlu dikenakan terhadap guru terbabit kerana penderaan tidak sepatutnya berlaku di sekolah yang merupakan tempat paling selamat buat pelajar.

“Pihak sekolah perlu ambil berat dan pandang serius hal seperti itu kerana kita ada peraturan disiplin yang ditetapkan. Pengetua, guru besar serta guru disiplin adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal itu.

“Kalau apa yang diperkatakan murid ini terbukti betul, maka kita tidak boleh biarkan dan tindakan yang setimpal perlu diambil terhadap sesiapa saja yang melakukan hal sebegitu,” katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran BioMalaysia 2010 di sini semalam. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan melampau seorang guru yang didakwa menggunakan seterika panas bagi mengejutkan pelajar-pelajar asrama SMK Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan supaya bangun menunaikan solat Subuh pada 12 Oktober lalu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, berdasarkan laporan awal kejadian itu, ia kelihatan benar-benar berlaku dan beliau telah meminta Pengarah Pelajaran Kelantan untuk menyiasat perkara itu dengan lebih terperinci.

3 comments

Azwandy Bin Muhamad said... @ November 2, 2010 at 6:19 PM

betul ke cikgu tu buat mcm tu...?
Adoi... Nape la cikgu tu buat mcm tu...huhu...

Yuni Aisyah said... @ November 3, 2010 at 1:21 AM

ish2...dasyatnya...nak belasah pon agak2 la...tp kan mmg cekgu kadang2 ikut sedap dorang je nak pukul murid...teringgt lak time skola rendah kena penampar ngn guru sains tanpa sebab yg kukuh..mmg anti btol ngn cekgu tu..huhu

mumumeow said... @ November 3, 2010 at 7:53 AM

ketidakstabilan emosi... maybe stess tramat...

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics