Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » HARGA IPHONE
| 1 comments ]
Share

SEKIAN lama menanti, peluang menggenggam sendiri peranti komunikasi iPhone 4 pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja.
Maka, bukan sesuatu yang pelik melihat peminat-peminat setia gajet tersebut sanggup beratur panjang sejak pukul 4 pagi ketika ia dilancarkan di negara ini bulan lalu.

Semuanya gara-gara ingin menjadi pemilik pertama telefon bimbit pintar itu secara eksklusif.

Mengimbas evolusi perkembangan iPhone di negara ini, model 3G telah diperkenalkan secara rasmi pada awal 2009 sebelum model 3GS menjengah pasaran pada Julai tahun yang sama.
SEBAHAGIAN daripada penerima pertama telefon bimbit pintar iPhone 4 ketika pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini. 
Sejak itu, iPhone telah menguasai antara 16 hingga 17 peratus pasaran telefon bimbit pintar di negara ini.

iphone-4-facetime


Sambutan hangat dan menggalakkan itu telah mendorong syarikat elektronik gergasi Apple Inc. untuk terus mengukuhkan kedudukannya menerusi pelancaran produk iPhone generasi keempat pula baru-baru ini.
Hadir bersama beberapa spesifikasi termaju dan dipertingkatkan, iPhone 4 bakal menawarkan dimensi baru dalam dunia komunikasi moden.
Antara ciri terkini yang diperkenalkan adalah seperti sokongan panggilan video, kamera lima megapiksel dengan flash LED, paparan skrin berdefinisi tinggi (HD) serta rakaman video HD.
Peranti berkenaan dipacu menggunakan sistem operasi iOS 4 dengan tawaran lebih 200,000 aplikasi baru yang boleh dimuat turun daripada platform App Store termasuk perisian iMovie yang dibangunkan khas untuk penggunaan pada iPhone 4.
Bukan setakat itu, menerusi pemproses Apple A4 pula, ia menawarkan keupayaan masa berbual lebih lama sehingga 40 peratus berbanding model sebelum ini.
Melihat dari sudut binaan luarnya, ia mempunyai reka bentuk menarik dengan ketebalan hanya sembilan milimeter (mm) serta diperbuat daripada material kaca dan keluli tahan karat.
Bagi melengkapkan operasi komunikasi dan pelayarannya pula, iPhone 4 tersedia bersama integrasi perkhidmatan rangkaian telekomunikasi daripada Maxis.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das, sejak setahun lalu, Maxis telah menjalankan operasi menaik taraf infrastruktur sebagai persediaan memenuhi permintaan servis data berkelajuan tinggi yang semakin meningkat.
''Kita sentiasa berusaha menawarkan para pengguna perkhidmatan Maxis dengan akses rangkaian mobiliti terbaik.
''Jadi, menerusi komitmen itu, pengguna akan berpeluang mengakses pelbagai aplikasi generasi terbaru selain kandungan yang lebih mantap dan berinovasi,'' katanya pada pelancaran iPhone di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sesuatu yang unik ditampilkan pada iPhone 4, ia dilengkapi teknologi paparan Retina Display menerusi layar sentuh yang bersaiz 3.5 inci.
Teknologi itu menawarkan resolusi skrin 960 x 640 piksel untuk memberi kesan grafik dan teks yang lebih jelas serta menarik.
Dari segi kapasiti, gajet ini didatangkan dalam dua pilihan pemacu storan iaitu 16 gigabit (GB) dan 32GB.
Penampilan spesifikasi lainnya adalah seperti sambungan Bluetooth, akses Wi-Fi dan sistem penentu kedudukan global terbantu (A-GPS).
Pada pelancaran itu juga, Maxis turut mengumumkan tawaran pakej-pakej langganan untuk pembelian model baru telefon bimbit itu.
Maklumat lanjut mengenainya, sila layari laman sesawang www.maxis.com.my/iphone

1 comments

darkbatman said... @ November 2, 2010 at 11:25 AM

xmampu nk beli iphone.. mahal gile bro.hoho

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics