Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » PATUNG ROONEY DIBAKAR
| 0 comments ]
Share


GAMBAR menunjukkan patung Wayne Rooney dibakar di bandar Edenbridghe kelmarin. 
 Patung pemain kelab Manchester United (MU), Wayne Rooney (gambar) dibakar kelmarin di bandar Edenbridghe pada satu majlis meraikan kegagalan meletupkan bangunan Parlimen dan pemerintah England, King James I pada 1605. 

Patung itu dipakaikan dengan jersi skuad MU dan dibakar bagi meluahkan kemarahan ekoran prestasi hambarnya dalam kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Dalam pertandingan itu, England cuma melangkah ke pusingan kedua sebelum ditewaskan oleh Jerman 4-1.

Sebahagian peminatnya masih belum memaafkan Rooney terutamanya peminat MU selepas dia mengancam untuk meninggalkan kelab tersebut.

Rooney turut terlibat dalam skandal curang dengan isterinya apabila dia melanggan seorang pelacur

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics