Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » SUKAN ASIA KE-17 DI INCHEON 2014
| 0 comments ]
Share

PRESIDEN Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia 2014, Dr. Lee Yun Taek mengibarkan bendera Majlis Olimpik Asia pada majlis penutup Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China malam tadi.

TERIMA kasih Guangzhou, jumpa lagi di Incheon,korea selatan 2014. Itulah slogan yang menutup tirai temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Malam tadi, upacara penutup temasya sukan terbesar di Asia itu diadakan penuh gilang-gemilang di Pulau Haixinsha yang dikelilingi Sungai Pearl (Mutiara) di selatan wilayah Tianhe dalam bandar Guangzhou.

Biarpun diselubungi masalah komunikasi dan kekangan dari segi masa dan tenaga, semua itu boleh dikatakan berbaloi setelah melihat kesungguhan Guangzhou dalam mempromosi bandar mereka kepada mata dunia.

Senyuman dan sikap peramah para sukarelawan Guangzhou yang tidak pernah putus asa dalam membantu tetamu juga telah berjaya menyejukkan hati yang bergelora, sekali gus mengesahkan lagi kemampuan mereka untuk membayangi Beijing yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008.
Sukan Asia 2010 Guangzhou ini mencatat sejarah sebagai temasya sukan terbaik pernah dianjurkan di Asia seperti diakui sendiri oleh Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Sheikh Ahmad Al Fahad Al Sabah.
Temasya edisi ke-16 ini juga adalah yang terbesar pernah dianjurkan dari segi jumlah penyertaan dan acara yang dipertandingkan sejak kali pertama diperkenalkan 59 tahun lalu.
Lebih 10,156 atlet dari 45 buah negara dari segenap rantau menyertainya dalam 42 acara sukan berbanding Sukan Olimpik yang hanya mempertandingkan 28 acara sahaja.
Acara bola sepak telah diada- kan sebelum upacara pembukaan rasmi manakala kriket pula diperkenalkan buat pertama kali bersama sukan tarian, perlumbaan bot naga, weiqi dan sukan beroda.
"Bandar raya Guangzhou telah berjaya menjalankan tugas mereka dengan hebat bagi perjalanan Sukan Asia dan juga kepada seluruh keluarga dalam OCA.
"Ini adalah antara temasya sukan terbaik pernah diadakan dalam sejarah pergerakan OCA.
"Misi kita ialah menjadikan setiap temaysa Asia berlangsung dengan lebih baik, itu tugas kita. Setiap Sukan Asia mempunyai misi dan situasi yang berbeza, itulah keunikannya," kata Sheikh Ahmad.
Tiga rekod dunia berjaya dipecahkan iaitu dalam acara memanah dan angkat berat manakala 12 rekod Asia juga berjaya diperbaharui dalam acara renang dan basikal.
Pada majlis penutup yang penuh warna-warni semalam, kontinjen Malaysia menjadi negara ke-21 yang berjalan masuk dalam upacara perbarisan di Pulau Haixinsha.
Malaysia berjaya merealisasi- kan misi sembilan pingat emas dengan menduduki tangga ke- 10 keseluruhan pungutan pingat di belakang tuan rumah, China, Korea Selatan, Jepun, Iran, Kazakhstan, Taiwan, India, Uzbekistan dan Thailand.
Kejayaan mengutip sembilan pingat emas, 18 pingat perak dan 14 pingat gangsa ini adalah yang terbaik pernah dicatat dalam sejarah Sukan Asia, sekali gus mengatasi pencapaian pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar dengan lapan emas, 17 perak dan 17 gangsa.

Selepas ni,mari kita saksikan sukan asia di negara winter sonata,hehe

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics