Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » ANAK KACUKAN MELAYU MAGHRIBI
| 0 comments ]
Share

Beralis tebal, berambut ikal, berkulit putih dan berhidung mancung. Sekali pandang ramai menyangka ia kanak-kanak perempuan tetapi, wajah comel si ‘cilik’ itu sebenarnya lelaki.
Itulah hasil anak ‘kacukan’ Melayu dan Maghribi, Saifullah Ali, 3, yang dimiliki Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34.

Menyifatkan ia anugerah Allah SWT, Mohd Fairudz berkata, berdasarkan pengalamannya, perkahwinan campur biasanya akan mendapat anak yang bijak, lebih berani apabila bergaul dengan rakan sebaya dan senang berkawan.
“Ciri-ciri itu ada pada Saifullah. Alhamdulillah, rezeki Allah. Sebagai contoh, pada usia dua tahun dia sudah mula suka mencuba menggunakan tetikus untuk melayari Internet dan pada usia itu juga dia sudah boleh bermain PlayStation bersama isteri dan saya.

“Kelebihan daripada segi bahasa pula, isteri saya bercakap Arab dengan anak, saya pula bercakap bahasa Inggeris dan anak akan belajar bahasa Melayu secara automatik kerana bahasa Melayu sangat mudah untuk difahami.

“Apatah lagi keadaan sekeliling di negara ini, ramai bercakap bahasa Melayu,” katanya.

Dalam pada itu Mohd Fairudz mendedahkan dia sudah ‘mengecewakan’ ramai lelaki tempatan yang cuba mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi.

“Sepanjang menguar-uarkan khidmat membantu mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi di Internet sejak awal 2010, ada sekurang-kurangnya 40 orang yang bercita-cita kahwin dengan gadis Maghribi terpaksa saya ‘reject’ (tolak) permintaan mereka. “Antara sebabnya mereka hanya mahu mengambil kesempatan, tak serius dan mempunyai pendapatan yang bakal memberi kesusahan kepada isteri. Jika pendapatan kecil bagaimana hendak menjaga isteri, faktor kewangan pun penting juga, nanti wanita dikahwini teraniaya,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, soal perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main-main kerana ia membabitkan perkongsian hidup sehingga ke akhir hayat.

“Saya bukan agensi mencari jodoh kerana saya hanya membantu. Setiap lelaki yang berasa hendak mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi akan saya teliti latar belakangnya. “Yang tidak serius dan ada agenda tersembunyi, lupakan sajalah,” katanya.

Mohd Fairudz mengakui sejak kisahnya tersiar di akhbar ini, dia tidak menang tangan melayan kiriman e-mel, SMS dan panggilan telefon daripada individu yang berminat untuk mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi.

“Secara purata saya dapat puluhan e-mel, SMS dan panggilan telefon setiap hari. Ternyata ramai yang berminat mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi.

“Kerana sambutan di luar jangkaan, saya minta maaf kepada sesiapa yang lewat menerima jawapan. Saya pun ada kerja lain dan lagipun saya hanya membantu secara percuma,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fairudz menegaskan dia tidak berniat menyinggung perasaan gadis tempatan.

“Mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi hanyalah alternatif kepada lelaki tempatan. “Gadis tempatan pun ada keistimewaan. Saya bercakap berdasarkan reaksi lelaki tempatan sendiri,” katanya


nanti ada masa saya letak gambar yer.
rujukan metro

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics