Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » BERITA SUKAN-CHONG WEI MENANG
| 0 comments ]
Share

CHONG WEI (kanan) dan Taufik berada di podium kemenangan selepas muncul juara dan naib juara Terbuka Hong Kong semalam.Ikuti berita sukan terkini lagi di sini.
 
HANYA memerlukan 31 minit, satu tempoh singkat sebelum menyaksikan Datuk Lee Chong Wei mudah merangkul kejuaraan acara perseorangan lelaki Siri Super Terbuka Hong Kong semalam.

Lawannya dari Indonesia, Taufik Hidayat hanya mampu memberikan saingan sengit pada set pertama sahaja sebelum longlai menyerah kalah kepada Chong Wei yang menang 21-19, 21-9.
Ini merupakan kejuaraan kelapan Chong Wei tahun ini selepas berjaya menawan Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Seluruh England, Terbuka Macau, Terbuka Jepun, Terbuka Indonesia dan Grand Prix Malaysia.
Manakala daripada rekod pertemuan, ini merupakan kemenangan ke-10 Chong Wei ke atas Taufik daripada 16 perlawanan yang dilalui sepanjang karier mereka.
Kejayaan di Terbuka Hong Kong ini sekurang-kurangnya berjaya mengubati kekecewaan Chong Wei, 28, yang tewas pada perlawanan akhir penentuan pingat emas perseorangan lelaki Sukan Asia Guangzhou kepada Lin Dan, bulan lalu.
Cuma hasrat Chong Wei untuk membalas dendam di sini dan mengulangi kejayaan menewaskan pemain China itu di Terbuka Jepun pada September lalu tidak kesampaian.
Ini kerana Lin Dan turut menyertai Terbuka Hong Kong kali ini tetapi tiba-tiba menarik diri daripada beraksi di suku akhir menentang pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh atas alasan mengalami kecederaan pinggang.
Chong Wei menewaskan Nguyen di separuh akhir selepas itu.
Seperti berpakat, turut menarik diri daripada beraksi di suku akhir adalah seorang lagi pemain China, Chen Jin yang sepatutnya menentang Chong Wei.
Berbeza dengan Sania Nehwal yang dipaksa bergelut selama satu jam 11 minit sebelum berjaya menewaskan pemain China, Wang Shixian 15-21, 21-16, 21-17 untuk muncul juara perseorangan wanita.
Kejayaan pemain utama wanita India itu sekali gus menyekat dominasi pemain perseorangan China pada kejohanan ini.
Negara Tembok Besar itu turut terkulai dalam acara beregu campuran apabila gandingan Zhang Nan-Zhao Yunlei tewas kepada beregu Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen 20-22 21-14, 20-22.
China bagaimanapun menjuarai acara beregu wanita selepas gandingan Wang Xiaoli-Yu Yang menewaskan lawan mereka daripada Taiwan, Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin 21-11, 21-12.
Acara beregu lelaki pula menjadi milik gandingan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong yang menewaskan pemenang pingat emas Sukan Asia baru-baru ini, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 14-21, 23-21.

rujukan kosmo

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics