Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » BERITA SUKAN TERKINI-BERGANTUNG PADA PEMAIN UNTUK MENANG
| 0 comments ]
Share

Jom dapatkan info berita sukan terkini .

KUASA...pemain yang akan membuat keputusan semasa perlawanan.
KUASA...pemain yang akan membuat keputusan semasa perlawanan.
BENARLAH kata sesetengah orang bahawa nasib serta masa depan jurulatih bola sepak ketika ini sebahagian besarnya ditentukan atau dicorakkan sendiri oleh anak buah masing-masing.
Kesempatan berbual sebentar dengan bekas jurulatih Perak, Steve Darby yang kini berkelana bersama skuad Thailand, seakan mengiakan kenyataan itu dan beliau mendakwa pernah menjadi mangsa sikap ‘tikam belakang’ ketika membimbing skuad Liga Super itu sedikit masa lalu.

“Bukan semuanya tetapi ada segelintir individu yang berbuat demikian. Saya kesal kerana perkara itu berlaku dan saya harap ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
“Secara umumnya, Perak adalah sebuah pasukan yang bagus serta mempunyai ramai pemain hebat seperti Khalid Jamlus dan Ahmad Shahrul Azhar. Saya sukakan aksi kedua-dua pemain itu dan hingga sekarang, saya masih lagi berhubung dengan kedua-duanya. Saya sering mengikuti perkembangan mereka dan juga skuad Perak secara amnya.

“Tetapi apa yang saya kesalkan, ada individu-individu tertentu yang suka menikam di belakang saya. Akibatnya, saya jadi tidak betah di Perak dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk pergi. Jurulatih sepatutnya bebas membuat keputusan tetapi itu tidak berlaku,” dakwa Darby.

Beliau yang masih lagi mampu untuk bercakap dalam bahasa Melayu itu bagaimanapun enggan menyebut nama-nama individu yang dimaksudkan kerana menganggap kejadian itu sudah berlalu dan akan dijadikan pengajaran di dalam hidupnya selepas ini.

Ditanya sama ada beliau masih berminat untuk bergelar jurulatih bagi mana-mana pasukan di Malaysia, Darby hanya mengangkat bahu dan berkata beliau mungkin perlu memikirkan perkara itu dengan lebih serius sambil menyatakan dirinya senang berada di Thailand sambil membantu ketua jurulatih, Bryan Robson.

“Cuma yang menjadi masalahnya di Thailand ialah soal bahasa. Saya lebih senang dengan bahasa Melayu kerana bahasa Thai lebih sukar untuk difahami dan dikuasai. Majoriti penduduknya pula tidak begitu faham dengan bahasa Inggeris,” kata Darby.
Kenyataan Darby itu turut disokong ketua jurulatih Malaysia, K Rajagobal yang menyebut setiap jurulatih hanya berupaya merencana aksi serta taktikal di padang sedangkan pihak yang benar-benar berkuasa apabila sesuatu perlawanan berlangsung ialah pemain itu sendiri.

“Sebagai jurulatih, saya hanya boleh tunjuk itu dan ini tetapi setiap kali perlawanan, saya duduk di bangku di tepi padang. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah menjerit kepada mereka. Kalau mereka tidak mahu mengikut arahan saya, apa yang boleh saya buat?,” katanya.

Beliau bagaimanapun tetap berterima kasih kepada semua pemain negara kerana setakat ini sebahagian besar anak buahnya menunjukkan semangat serta kesungguhan yang tinggi walaupun kehadiran mereka di Piala Suzuki AFF kali ini menghadirkan kekalahan terbesar buat Malaysia sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1996 apabila tewas 5-1 di tangan Indonesia, empat hari lalu

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics