Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » CICAK DALAM KICAP PEKAT
| 3 comments ]
Share

Kicap pekat cap cicak. Berhati-hati masa beli kicap,pastikan anda kenal syarikat pengeluar .Pastikan halal lagi suci.Halal saja tak cukup.Pastikan bersih dan selamat digunakan.NORAZURA menunjukkan bangkai cicak yang dijumpai dalam botol kicap soya pekat di Taman Merpati, Kangar semalam.Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.
 
Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

3 comments

Sallehudin Said said... @ December 27, 2010 at 5:18 PM

geli mat !

Encik Ska said... @ December 27, 2010 at 7:46 PM

Haduuuh. Tak selera nk makan kicap dah! haha :)

darkbatman said... @ December 27, 2010 at 11:24 PM

iskk..geli anak tekak..

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics