Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » DOKTOR MUDA KERJA LUAR BANDAR
| 0 comments ]
Share

Doktor Muda kerja di luar bandar.Doktor muda di negara ini diminta bersedia untuk dihantar ke kawasan luar bandar bagi membolehkan agihan perkhidmatan kesihatan secara saksama dapat diterima rakyat negara ini.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, masalah yang dihadapi pada masa ini ialah kebanyakan doktor muda sering mengelak untuk ditugaskan di hospital di luar Lembah Klang atau ibu negeri.
Katanya, dengan sikap seperti itu, mustahil untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang saksama kepada rakyat di negara ini.

"Oleh itu, doktor-doktor muda mesti sentiasa bersedia dan berupaya menyesuaikan diri untuk berkhidmat di kawasan yang diperlukan oleh orang ramai terutama di luar bandar.
"Adalah mustahak bagi generasi doktor masa depan untuk lebih memahami harapan rakyat, bukan hanya di bandar tetapi juga di seluruh negara supaya masyarakat akan menikmati penjagaan kesihatan yang mudah diperoleh dan mengikut kemampuan untuk mengekalkan kesihatan pada tahap maksimum," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Persidangan Pelajar PraPerubatan 2010 yang pertama kali diadakan anjuran Kolej Mara Banting di sini semalam.
Ucapan Dr. Mohd. Ismail dibacakan oleh Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zainal Ariffin Omar.
Menurut Mohd. Ismail, antara punca yang menyebabkan tidak ramai doktor muda tersebut bersedia untuk menggalas cabaran itu berikutan perubahan pantas ke arah masyarakat moden dan berteknologi di kawasan bandar.
Ekoran itu, jelas beliau, masih wujud pengagihan doktor yang tidak saksama antara kawasan luar bandar dan bandar seperti beberapa klinik di Sabah dan Sarawak masih dikendalikan oleh pembantu perubatan. - Bernama

rujukan kosmo

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics