Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » DUA PELURU DALAM MAYAT DI KARAK
| 0 comments ]
Share


Dua butir peluru dijumpai pada badan mayat seorang lelaki yang ditemui dengan kesan tembakan di Km46.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata hasil bedah siasat yang dijalankan doktor mengesahkan lelaki itu mati akibat tembakan.

"Dua butir peluru telah dikeluarkan daripada badan lelaki itu dan kami percaya dua hingga empat tembakan telah dilepaskan dengan menggunakan pistol semi automatik," katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.
Beliau berkata identiti lelaki itu belum dikenal pasti dan ekoran itu polis meminta orang ramai yang kehilanggan anggota keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Narenasagaran berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan lewat 30-an itu berbadan tegap, tinggi lima kaki lapan inci dan mempunyai tatu gambar matahari, harimau melompat dan air terjun di belakang badannya serta memakai baju T berwarna coklat, berseluar denim biru tua dan tidak berkasut.

Mengenai penemuan mayat remaja perempuan yang dikerat beberapa bahagian di Genting Highlands semalam, Narenasagaran berkata siasatan awal polis mendapati mangsa adalah Orang Kelainan Upaya (OKU), berumur dalam lingungan belasan tahun dan berketurunan India.
“ Identiti sebenar mangsa belum dikenal pasti,” katanya.


Beliau berkata dua anggota badan iaitu tangan kiri dan kaki kanan remaja itu juga belum ditemui.
Semalam mayat remaja perempuan yang dipotong beberapa bahagian badannya ditemui di kawasan gaung berhampiran tokong Cina, Gohtong Jaya, Genting Highlands, selepas orang awam menemui kaki kiri dan tangan kanan remaja itu di kawasan gaung KM2.3 Jalan Genting Highlands, Sabtu lalu. - Bernama 




0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics