Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » FUTSAL 1BELIA 1MALAYSIA-LOKASI-TARIKH
| 0 comments ]
Share

Jom ikuti perkembangan berita sukan terkini.Dapatkan info tarikh dan lokasi futsal 1belia 1malaysia.
AHMAD Shabery Cheek (tengah) mencetuskan idea penganjuran Futsal 1Belia 1Malaysia.
PUTRAJAYA akan sekali lagi digegarkan dengan acara futsal terbesar selepas kejayaan Rentap Futsal Kosmo! Putrajaya pada Mei lalu.

Kali ini, Kompleks Futsal Putrajaya di Presint 18 akan menjadi pentas pusingan akhir Futsal 1Belia 1Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kejohanan yang diperkenalkan hasil inisiatif Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara KBS itu akan berlangsung di Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18 pada 17 hingga 19 Disember ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mencetuskan idea tersebut akan hadir merasmikannya.
Dengan slogan 1Belia 1Malaysia, kejohanan futsal yang menampilkan akhbar Kosmo! sebagai rakan media itu pastinya menjadi medan terbaik buat 444 pasukan lelaki dan wanita dari seluruh kawasan Parlimen di Malaysia mempamerkan kehebatan masing-masing.
Kesemua 444 pasukan itu telah melepasi peringkat kelayakan di peringkat Parlimen masing-masing dan kini mereka akan beradu tenaga bagi memburu gelaran juara keseluruhan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Madzrib Ibrahim, objektif utama kejohanan itu ialah menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan dalam memperkasakan kualiti dan pembangunan belia Malaysia menerusi program sukan, khususnya futsal yang semakin digilai golongan belia di negara ini 
















"Kejohanan ini akan disertai 444 pasukan lelaki dan wanita melibatkan 4,440 peserta dari seluruh kawasan Parlimen di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan," kata Madzrib kepada Kosmo! semalam.
"Sepanjang tiga hari kejohanan ini, semua peserta akan menginap di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan dijadikan sebagai perkampungan sukan.
"Kejohanan ini diperkenalkan dengan objektif menerapkan gaya hidup sihat di kalangan belia Malaysia di samping memberi sokongan terhadap kempen 1Belia 1Malaysia menerusi aktiviti kecergasan dan gaya hidup yang sihat," katanya.
Untuk memeriahkan lagi saingan pusingan akhir itu, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 manakala naib juara pula menerima RM7,000 dan ketiga RM5,000.
Hadiah saguhati berupa hamper turut disediakan kepada pasukan yang menduduki tempat keempat dan kelima.
Selain itu, para pengunjung yang hadir juga akan dimeriahkan lagi dengan beberapa acara sampingan yang menarik sepanjang tiga hari kejohanan tersebut.
Antaranya ialah pertandingan mewarna dan melukis untuk kanak-kanak, muay Thai Fit Warrior, pertandingan tarian kecergasan, cabutan nombor bertuah, pertandingan gusti lengan serta persembahan daripada artis-artis tempatan.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics