Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.5 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
Agihan pendapatan tersebut merupakan peningkatan sebanyak dua sen seunit berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 7.3 sen seunit.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, berdasarkan prestasi ASB yang lebih baik tahun ini, Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bersetuju memperuntukkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM5.93 bilion.
1 comments
WAH....TAK SABAR NK TGK DPT DIVIDEN BAPE.
Post a Comment