Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » KELULUSAN KPJTK UNTUK ARTIS KANAK-KANAK
| 0 comments ]
Share

Idola Kecil – intro2u.net

Kelulusan KPJTK penting untuk kanak-kanak menjadi artis,Jom baca.
Kanak-kanak di bawah umur yang berhasrat menceburi bidang hiburan seperti menjadi pelakon, pemuzik atau penyanyi perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.
 
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, mereka perlu mendapatkan kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelakkan mereka dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran.
"Menerusi pindaan ini, dimaklumkan bahawa menteri akan menggubal peraturan-peraturan dan mereka yang ingin terlibat dalam industri hiburan perlu mengikuti beberapa proses di mana dalam proses itu ada panduan dan peraturan yang mesti dipatuhi.

"Tanpa kelulusan ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja mereka tidak boleh bekerja dalam sektor hiburan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Maznah berkata, antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah jika bekerja selama enam hari, kanak-kanak itu perlu ada cuti selama sehari dan jika mereka bekerja selama tiga jam secara berterusan, mereka mesti ada masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.
"Selain itu, mereka tidak boleh bekerja di antara pukul 8 malam hingga 7 pagi kecuali dalam bidang hiburan yang memerlukan kelulusan ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja,” katanya.
Melalui pindaan rang undang-undang itu juga, sekiranya kanak-kanak itu bersekolah, mereka tidak boleh bekerja dan bersekolah lebih dari tujuh jam.
Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 47,000 kanak-kanak yang bekerja di negara ini dan sebahagian besar daripada mereka adalah bagi membantu keluarga dan bekerja secara sambilan. - Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics