Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » KEPALA DITETAK PEROMPAK 10KALI
| 0 comments ]
Share

CEDERA...A Lecthumi menunjukkan kepala dan badan suaminya, Vadevellu  yang ditetak perompak.
CEDERA...A Lecthumi menunjukkan kepala dan badan suaminya, Vadevellu yang ditetak perompak.
Pantang maut sebelum ajal apabila seorang lelaki warga emas yang ditetak hampir 10 kali di kepala dengan parang panjang oleh dua perompak masih bernyawa walaupun bermandi darah.
Kejadian itu menyebabkan mangsa, S Vadevellu, 72, menerima 40 jahitan dan terlantar di hospital selama dua hari.

Mangsa ‘dikerjakan’ dua remaja yang cuba menyamun lelaki terbabit yang juga pengawal keselamatan sebuah syarikat kewangan di Jalan Changkat Thamby Dollah pada kira-kira jam 4 pagi, Sabtu lalu.

Menceritakan detik cemas itu, mangsa berkata penjenayah terbabit berang dengannya yang enggan membuka pintu syarikat kewangan bagi membolehkan mereka merompak.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia berkawal di pintu syarikat terbabit sebelum dihampiri dua remaja berusia belasan tahun yang menaiki sebuah motosikal.


“Sebaik memberhentikan motosikal, seorang daripada remaja terbabit membuka topi keledar dan menghampiri saya seolah-olah ingin bertanyakan sesuatu, namun dia memaksa saya menyerahkan wang.


“Saya beritahu tidak mempunyai wang dan remaja terbabit marah sebelum menyuruh saya membuka pintu, tetapi saya mengatakan tidak memegang kunci,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Murni, Cheras, dekat sini, semalam.

Vadevellu berkata, remaja terbabit menumbuk mata kanannya hingga mengakibatkannya terlentang.

“Sudah lebih 20 tahun saya bekerja di sini dan ini kejadian pertama serta ia hampir meragut nyawa saya. Saya tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa, tetapi mereka sanggup berlaku kejam,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat mengecam muka kedua-dua remaja terbabit dan nombor pendaftaran motosikal mereka kerana kejadian berlaku pantas serta keadaan ketika itu gelap.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics