Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » KEPUTUSAN PIALA EMAS RAJA-RAJA TERENGGANU VS KELANTAN
| 0 comments ]
Share

Dapatkan KEPUTUSAN PIALA EMAS RAJA-RAJA TERENGGANU lawan KELANTAN .Jom baca info berita sukan terkini.Hasrat Terengganu untuk memburu kejuaraan Piala Emas Raja-Raja berkecai apabila tumpas 1-0 di tangan Kelantan, dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nassiruddin Shah di sini malam ini.

Dalam perlawanan peringkat separuh akhir pertama di Kota Baharu sebelum ini Terengganu kecundang 3-0.
Kelantan yang memerlukan seri, memperolehi gol tunggal pada minit ke-17 di separuh masa pertama selepas rembatan Ramzul Zahini Adenan gagal ditepis Mohd. Shahril Saari.
Mohd. Shahril yang mendapat umpanan daripada tengah, terus melarikan bola di sebelah kanan gol Terengganu sebelum merembat kencang melepas jengkauan Shahril.
Terengganu boleh dikatakan mengusai permainan, terutamanya pada babak kedua, tetapi gagal menembusi gawang Kelantan.
Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja akan berlangsung di Kota Bharu pada 15 Disember ini. 

Sumber terkini: Utusan Online

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics