Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » LARANGAN LOGO 1 MALAYSIA,BERCANGGAH PERLEMBAGAAN
| 0 comments ]
Share

Larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
"Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kenduri Rakyat di Kampung Air dekat sini hari ini.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan kain rentang yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor dan dipersetujuai pada mesyuarat Exco.

Rais berkata beliau mempertikaikan keputusan larangan itu kerana penggunaan lambang parti politik masih dibenarkan di negeri berkenaan sedangkan lambang 1Malaysia bukan lambang parti politik.


Katanya kerajaan PKR Selangor itu membuat keputusan itu kerana terasa terhimpit dan tidak mahu konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diterima rakyat secara berleluasa di seluruh negara termasuk di negeri itu.


Beliau percaya rakyat khususnya di Selangor boleh membuat penilaian kepada keputusan itu dan Menteri Besar Selangor itu dan akan kecewa jika meneruskan larangan berkenaan.

Rais berkata lambang 1Malaysia tidak perlu dikhuatirkan oleh parti pembangkang kerana ia membawa kepada prinsip kenegaraan, penerimaan dan keadilan sosial kepada rakyat di negara ini serta mewujudkan perpaduan. - BERNAMA

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics