Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » MAJIKAN SWASTA BERI CUTI BERGAJI
| 0 comments ]
Share

Majikan swasta dah beri cuti bergaji.Semua majikan diminta memberi cuti bergaji kepada pekerja esok berikutan pengisytiharan cuti umum bagi meraikan kejayaan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
 
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, majikan hendaklah memberi cuti kelepasan am sebagai cuti wajib tambahan kepada pekerjanya sebagaimana seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 60D(1)(b) Akta Pekerjaan 1955.

"Namun jika majikan masih memerlukan pekerja untuk bekerja pada hari tersebut atas keperluan operasi maka pekerja berkenaan hendaklah dibayar gaji mengikut peruntukan Akta Pekerjaan 1955," katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan percubaan dua adik-beradik mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dengan melakukan tekan tubi paling banyak dan angkat berat kanak-kanak menggunakan jari di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri mengisytiharkan esok cuti umum bertujuan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia merayakan kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
Tambah Subramaniam, jika majikan gagal memberi cuti umum atau membayar mengikut kadar cuti umum, para pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.
"Majikan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics