Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » MALAYSIA VS INDONESIA FINAL 1 PIALA SUZUKI AFF
| 1 comments ]
Share

pix_gal0
Malaysia lawan indonesia final pertama Piala Suzuki AFF di stadium bukit Jalil.Malaysia tiada pilihan lain kecuali menang final pertama di Bukit Jalil - Rajagobal.HANYA ada satu matlamat apabila pemain melangkah ke dalam padang Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini - kemenangan! 

Mengerti betapa kelebihan bermain di gelanggang sendiri dalam final pertama ini harus dimanfaatkan sepenuhnya, jurulatih K Rajagobal menegaskan anak buahnya yang akan berdepan Indonesia dalam final pusingan pertama Piala AFF Suzuki, turun untuk mencari kemenangan sebelum mengalih tumpuan kepada final kedua di gelanggang lawan. 

“Selaku jurulatih dan beraksi di gelanggang sendiri, sudah tentu saya tidak mempunyai pilihan lain, selain menundukkan lawan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Rajagobal gembira kerana matlamatnya itu dikongsi barisan pemain muda negara yang berjanji akan turun dengan semangat juang tinggi untuk memburu kemenangan bagi mencari bekalan selesa sebelum pusingan kedua di tempat lawan, Rabu depan.

“Pemain sudah bersedia menyahut cabaran final,” katanya. “Lebih menggembirakan saya, mereka menunjukkan semangat luar biasa dan tidak sabar untuk menanti pertembungan itu,” katanya.

Ditanya tumpuannya dalam sesi latihan menjelang perlawanan, Rajagobal mengakui memberi fokus kepada beberapa aspek permainan tetapi enggan mengulas lanjut.
“Walaupun lawan nampak kuat di semua bahagian, saya percaya mereka mempunyai kelemahan. Perkara itu yang kita beri tumpuan khusus supaya kelemahan itu dapat dieksploitasi sepenuhnya,” katanya.

Mengenai keadaan dua tonggak yang cedera - Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri - Rajagobal berkata, kedua-dua semakin pulih terutama Amirulhadi.

“Masih ada masa dan saya yakin Amirul sempat pulih untuk diturunkan,” katanya


P/s : Mari kita doakan kejayaan kepada pasukan kebangsaan kita.Mesti menang di padang sendiri. :)

1 comments

Anonymous said... @ December 26, 2010 at 11:50 PM

rentak permaianan yang cukup menarik..piala suzuki 2010 pasti milik mlsia...hidup harimau malaya...

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics