Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » MALAYSIA VS INDONESIA TERKINI
| 0 comments ]
Share

Apa akan jadi dengan perlawanan malaysia vs indonesia terkini dan seterusnya.Dapatkan info berita sukan terkini yang selanjutnya.Malaysia telah menang 3-0 di stadium bukit jalil.Nantikan perlawanan sterusnya di stadium gelora bung karno pada rabu ini.Minat besar penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu petang ini.

Sehubungan itu, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, selepas mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.
"Tiga jam yang lalu, AFF telah menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosak orang ramai, maka pertandingan final kedua tidak akan dilaksanakan di Gelora Bung Karno," kata Ketua PSSI, Nurdin Halid di Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne pada 4 petang tadi.
"Kerana itu, saya mohon supaya penyokong dapat kembali tertib dalam menunggu giliran membeli tiket kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat neutral, pasti akan merugikan pasukan kita," katanya.

Beliau mendapat laporan bahawa penyokong yang dikumpulkan di dalam stadium tersebut berjumlah kira-kira 50,000 orang, sementara tiket kelas 3 berharga Rp50,000 yang dijual hari ini hanya berjumlah 30,000 saja.


"Jadi pasti ada yang akan tidak mendapat tiket, tapi jangan khuatir kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium supaya penyokong tetap dapat menyaksikan pertandingan ini," katanya.


Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong beberapa provokator sehingga penyokong tidak dapat membeli tiket seperti pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.

Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara, mengaku beliau terkejut dengan tingginya harapan masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Had kapasiti stadium, katanya, tidak dapat menampung lebih daripada 83,000 penyokong dan sehubungan itu beliau meminta mereka dapat nenerima hakikat itu.


Penyokong yang dibenarkan berada di dalam stadium sementara menunggu giliran membeli tiket, tiba-tiba merusuh yang dipercayai berpunca daripada mereka hilang sabar akibat keletihan menunggu sejak semalam dan pagi ini.


Mereka merosakkkan pagar penghadang dan rumput padang dan dalam keadaan itu, beberapa di antara mereka pengsan kerana mungkin keletihan kerana datang untuk membeli tiket sejak semalam dan menginap di luar stadium.


Mereka juga tidak menghiraukan cuaca panas dan hujan semasa menunggu giliran membeli tiket. - BERNAMA

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics