Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » MALAYSIA VS VIETNAM PIALA SUZUKI AFF SEPARUH AKHIR
| 0 comments ]
Share

Malaysia lawan Vietnam 15 disember nanti piala suzuki aff 2010.Ikuti berita sukan terkini selanjutnya.

MALAYSIA tidak bercadang untuk menggunakan khidmat pemain dari negara lain untuk mewakili pasukan kebangsaan khususnya bola sepak.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan mengambil jalan pintas dalam program pembangunan atlet dan mahu melahirkan atlet bertaraf dunia daripada kalangan rakyat tempatan.

“Program pembangunan atlet kita pada masa ini berjalan dengan baik. Walaupun kita tidak menggunakan khidmat pemain atau atlet dari luar, kita masih boleh mencapai kejayaan.
“Buktinya ialah pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia baru-baru ini. Kedudukan kita merupakan yang terbaik di kalangan negara-negara ASEAN yang ada antara mereka menggunakan khidmat pemain dari luar yang diberi kerakyatan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Kompleks Sukan Bukit Jalil semalam.
Beliau berkata, demikian ketika menjawab soalan wakil media Indonesia mengenai kemungkinan Malaysia menggunakan khidmat pemain bola sepak dari luar untuk mewakili pasukan kebangsaan.
Pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang sedang berlangsung, Indonesia menggunakan khidmat dua penyerang asing yang baru diberikan kerakyatan iaitu Cristian Gonzales kelahiran Uruguay dan Irfan Bachdim kelahiran Belanda manakala Singapura juga mempunyai beberapa pemain dari luar.
Ahmad Shabery berkata, walaupun program sedemikian pernah dijalankan semasa Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998, usaha itu telah dihentikan.
“Rakyat lebih gemar kita bangunkan dan lahirkan atlet kita sendiri. Kesannya (hasil) lebih berpanjangan dan kurang bergantung pada orang luar juga lebih baik,” katanya.
Dalam Piala Suzuki AFF, selaku naib juara Kumpulan A, Malaysia akan menghadapi juara Kumpulan B iaitu Vietnam pada 15 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di tempat lawan tiga hari kemudian.
Juara kumpulan A Indonesia pula akan menentang Filipina dalam satu lagi separuh akhir.
“Saya menyeru seluruh masyarakat untuk beramai-ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini dan sama-sama memberi sokongan kepada pasukan negara,” kata Ahmad Shabery.
Beliau berkata, pemain negara akan diberi insentif kerana kejayaan mereka melangkah ke separuh akhir tetapi enggan mendedahkan bentuknya. - Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics