Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » RAJA LAWAK MUSIM 5 UJIBAKAT
| 2 comments ]
Share

Kita dapat lihat ujibakat raja lawak musim 5 bermula.GELANGGANG Raja Lawak tahun ini dihadiri oleh peserta-peserta yang lebih bersedia berbanding tahun-tahun sebelum ini.
 
RAJA LAWAK, satu-satunya gelanggang bagi pelawak amatur menunjukkan bakat terpendam mereka. Kali ini, Raja Lawak telah muncul untuk musim kelima bertujuan mencari pelapis bakat lawak di Malaysia.
Sesi uji bakat Raja Lawak telah memulakan perjalanannya sejak 2 Oktober lalu pada setiap hujung minggu dan boleh dikatakan untuk musim kelima ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan peserta juga tampil lebih bersedia.
"Menariknya pada tahun ini, hendak jumpa peserta yang kaku dan terkedu setelah naik di atas pentas sangat susah. Kelihatan mereka sudah bersedia dari segi kandungan, props dan lain-lain.
"Mereka telah mula menganggap membuat lawak ini adalah perkara yang serius. Mereka juga semakin sedar bahawa membuat lawak bukan perkara mudah," tegas Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani tentang perkara ini.
Tanggal 6 November 2010, The Mall, Kuala Lumpur merupakan destinasi dan peluang terakhir bagi peserta yang ingin tonjolkan bakat. Juri yang mengendalikan sesi uji bakat Raja Lawak pada hari tersebut ialah Nizam sendiri dan juga personaliti terkenal, Afdlin Shauki.
Jika pada musim-musim sebelumnya, Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi adalah salah seorang juri tetap gelanggang Raja Lawak.
Menurut Nizam, pada musim ini RL masih lagi belum membuat keputusan siapakah bakal juri yang akan mengendalikan gelanggang RL musim ini.
"Sama ada drastik atau tidak, perlu tunggu gelanggang yang pertama bermula. Juri-juri juga akan diperkenalkan pada hari tersebut dan masih lagi dengan menggunakan khidmat tiga orang juri profesional," ujar Nizam menjelaskan tentang juri Raja Lawak 5 yang akan bermula awal tahun depan.
Selaku juri pada sesi uji bakat Raja Lawak 5 ini, Afdlin akui dia berasa gembira kerana agak mudah bagi mereka menemui peserta yang benar-benar bagus berbanding tahun sebelumnya.
"Peserta kali ini ramai juga yang dapat membuat saya ketawa berbanding musim-musim lepas sehingga perlu tunggu lama untuk temui peserta yang benar-benar bagus," ujar Afdlin sambil tersenyum mengenangkan peserta yang telah mengusik hatinya semasa ujibakat dijalankan.
Sepanjang sesi ujibakat, Kuala Lumpur mempunyai peserta yang paling ramai, diikuti Johor dan Pulau Pinang. Gelanggang pertama Raja Lawak 5 akan menemui peminatnya pada 7 Januari 2011 di saluran Astro Prima.
"Para peserta akan dipilih melalui apa yang kami nampak, iaitu komited terhadap apa yang mereka lakukan.
"Apabila kita ada peserta sebegini, saya pasti jika kita panggil para profesional untuk memberi tunjuk ajar atau sebagainya, ia akan memudahkan kita untuk membantu mereka yang mahu dibantu.
"Selain itu, kita juga akan pastikan mereka berikan yang terbaik setiap minggu," ujar Nizam lagi

2 comments

bungakuning . said... @ December 2, 2010 at 10:41 AM

tak minat raja lawak :(

cik miera said... @ December 3, 2010 at 1:45 AM

ada sorg pompan?waah...

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics