Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » REBAT BIL TNB TAHUN DEPAN
| 0 comments ]
Share

Lebih sejuta dapat rebat bil tnb tahun depan.Seramai 1,068,000 pengguna domestik akan mendapat manfaat rebat bil elektrik dengan anggaran kos berjumlah RM138.48 juta tahun depan.
 
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, langkah itu diharap dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka, katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Fatimah Hamat di Dewan Negara di sini semalam.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, Noriah berkata, kerajaan membelanjakan RM116.24 juta bagi menampung rebat kepada pengguna.
Rebat tersebut hanya akan diberi kepada pengguna yang bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Perhubungan Media TNB pula berkata, berdasarkan kadar rebat itu, pengguna domestik TNB tidak perlu menjelaskan bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah.
Bagaimanapun, pengguna yang menerima bil elektrik RM20 ke atas tidak layak untuk menerima rebat dan perlu menjelaskan kesemua caj yang ditetapkan.
Menurutnya, pemberian rebat itu bermula sejak 1 Oktober 2008 dan peringkat awal itu melibatkan 1.1 juta pengguna.-kosmo

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics