Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » SOALAN BAHASA MELAYU 2 BOCOR ?
| 1 comments ]
Share


Kementerian Pelajaran meminta semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini supaya tidak melayan khabar angin di Internet bahawa mereka mungkin perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu Kertas 2 atas dakwaan ia bocor.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dakwaan bahawa kebocoran soalan bagi subjek tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah di Kedah pada 23 November lalu adalah tidak benar sama sekali.

 Beliau berkata, berita tersebut sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa motif yang jelas.

“Tidak timbul langsung persoalan bagi kita untuk mengadakan semula peperiksaan kertas tersebut sebagaimana tersebar di Internet ketika ini.
“Siasatan ke atas sekolah yang dikatakan terlibat di Kedah telah dijalankan namun kita mendapati ia khabar angin semata-mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

1 comments

kelhome said... @ December 1, 2010 at 2:05 PM

selalu klu khabar angin tu..aku consider as nyaris betul la tu hehehe

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics