Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » TANDA MC PADA ALAT MAINAN KANAK-KANAK
| 1 comments ]
Share

Berkuat kuasa 1 Februari depan semua alat permainan kanak-kanak perlu mempunyai tanda “MC” (Malaysian Conformity) sebagai bukti telah mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
 
Sehubungan itu, mulai tarikh tersebut pihak Kementerian akan menyita semua alat permainan yang gagal mematuhi peraturan itu, kata Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Tan Lian Hoe hari ini.

Lian Hoe berkata, ini kerana kementerian memandang serius terhadap kebanjiran alat permainan yang gagal memenuhi garis panduan tersebut, yang berupaya mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

Katanya, penguatkuasaan itu tidak terhad kepada alat permainan keluaran tempatan tetapi juga meliputi yang diimport.
“Kita tidak akan berkompromi lagi mengenai perkara ini kerana sudah beri masa yang panjang lebih satu tahun untuk pihak pengilang dan pengimport mematuhi standard keselamatan mainan kanak-kanak dengan perlunya ada tanda MC di setiap alat permainan tersebut.
“Jadi pada 1 Februari depan, alat-alat permainan “on the shelves” akan disita sekiranya tidak mempunyai tanda MC,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan Barang Pengguna 2010 di sini, hari ini. – Bernama
-utusan 

P/S: kepada ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian,sebelum nak beli mainan tu usha2 la dulu,jangan pakai main rembat jek.Pastikan anak anda selamat main mainan .Jangan menyesal kemudian hari.

1 comments

zaL_cdpx said... @ December 20, 2010 at 5:35 PM

AIYARKK ~!!!! huhuhu

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics