Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » TARIKH FELDA BAYAR BONUS INSENTIF PRODUKTIVITI
| 0 comments ]
Share

Salam harini saya nak bincang tarikh bila felda bayar bonus insentif produktiviti.Menurut utusan ,tarikh tersebut ialah awal januari 2011.Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Beliau berkata, kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.

"Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.
"Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini-UTUSAN

Kepada sesiapa ada yang saudara mara tinggal di felda,sila maklumkan kepada mereka.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics