Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » TARIKH HENTIAN PUDURAYA DIBUKA-FEBRUARI
| 0 comments ]
Share

Nak tahu tarikh hentian puduraya dibuka?Hentian Puduraya yang sedang ditutup bagi kerja-kerja menaik taraf sejak April lepas akan dibuka dan dirasmikan secara serentak dengan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) pada Februari ini.

Pengerusi Uda Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed berkata, perasmian serentak kedua-dua hab pengangkutan awam itu adalah berdasarkan arahan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
"Uda baru terima arahan dari kementerian untuk mengadakan majlis perasmian Hentian Puduraya serentak dengan Terminal Bersepadu Selatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga berkata terminal perkhidmatan bas ekspres ke utara diyakini akan terus beroperasi di Hentian Puduraya yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur walaupun operasinya dibenarkan dijalankan sama ada di Puduraya atau pun di TBS-BTS. - Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics