Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » TARIKH KEPUTUSAN PMR KELUAR
| 1 comments ]
Share

Tarikh keputusan pmr keluar tak lama lagi. Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.
 
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - Bernama

Rujukan utusan

1 comments

Anonymous said... @ December 15, 2010 at 10:28 PM

hmmm``BERDEBAR2 +_+

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics