Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » TINDAKAN TEGAS TERHADAP YANG TERLIBAT AJARAN SYIAH
| 0 comments ]
Share

Pentadbir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pensyarah atau penuntut yang terlibat dalam ajaran Syiah, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, fahaman Syiah bercanggah dengan ajaran Islam di negara ini.
Katanya, kerajaan bimbang dengan penglibatan para pensyarah kerana perawakan mereka boleh membantu mengumpul ramai penyokong fahaman itu.

"Saya mahu pihak pentadbir universiti menumpukan kepada pensyarah kerana mereka mampu mempengaruhi orang lain terutamanya pelajar bagi menyekat ajaran ini daripada berleluasa," katanya di sini hari ini.


Mohamed Khaled diminta mengulas penahanan 200 pengikut Syiah di Selangor termasuk pensyarah dan penuntut institusi pendidikan tinggi Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan. - Bernama

rujukan utusan

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics