Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » 20SEN CAJ BEG PLASTIK PASAR RAYA
| 1 comments ]
Share

   PASAR raya Giant Bangsar mula mengenakan caj 20 sen,   bagi sehelai beg plastik untuk mengisi barang    dibeli, semalam.
PASAR raya Giant Bangsar mula mengenakan caj 20 sen, bagi sehelai beg plastik untuk mengisi barang dibeli, semalam.
 
PUTRAJAYA: Berkuatkuasa semalam, pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan premis terpilih seluruh negara yang tidak membawa beg sendiri akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan jika membeli-belah pada setiap Sabtu.

Hasil yang dikumpul itu disimpan dalam dana khas bagi melaksanakan program kepenggunaan serta kemasyarakatan menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, berkata pengguna tidak akan lagi dibekalkan beg plastik percuma ketika membeli belah setiap Sabtu di premis perniagaan terbabit.
“Kita minta orang ramai kurangkan penggunaan beg plastik untuk memulihara alam sekitar selain menyemai budaya hidup lestari selaras kempen setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik,” katanya ketika menyerahkan risalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik, di sini semalam.

Kempen itu juga diharap mampu mengurangkan kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesihatan pengguna

1 comments

blog-tips-kurus said... @ January 3, 2011 at 7:42 AM

20sen VS 100 tahun nak lupuskan plastik-plastik....

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics