Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » AHMAD DHANI PENGETUA AF9
| 1 comments ]
Share


Ahmad dhani Indonesia bakal menjadi pengetua AF9? PERSOALAN masih belum terjawab membabitkan desas-desus pemilihan pengetua dan pengacara bagi rancangan realiti TV popular Akademi Fantasia musim sembilan (AF9). 

Sebelum ini angin bertiup kencang menyatakan komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa bakal menjadi pengetua.

Namun menurut sumber dari seberang, Erwin awal-awal lagi menyangkal perkara itu dengan mengatakan tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada produksi AF9. Malah dia tidak berminat untuk menjayakannya.
Satu lagi nama disebut-sebut, ketua kumpulan Dewa iaitu Ahmad Dhani. Menurut sumber dalaman, kehadiran pencipta lagu dan penyanyi itu ke Malaysia baru-baru ini bagi menjayakan rancangan akhir Tari Menari dan Konsert Ria 2010, sebenarnya turut berserta dengan perbincangan bagi menyuntingnya menjadi pengetua. Begitupun pengesahan belum diperoleh. Sewaktu sidang akhbar pertama rancangan itu diadakan baru-baru ini, pihak pengurusan Astro Ria mengambil tindakan 'tutup mulut' dan memberikan jawapan secara rawak tanpa menjurus kepada mana-mana individu.

Pada majlis sidang akhbar bagi mengumumkan tarikh dan lokasi uji bakat AF9 itu, Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi enggan mengulas panjang apabila ditanya mengenai pemilihan pengetua dari seberang. Namun dia mengakui, orang yang dipilih adalah individu sangat popular di rantau Asia Tenggara. Beberapa wakil media meluahkan rasa kurang setuju dengan keputusan Astro sekiranya memilih individu dari Indonesia. Ini kerana langkah itu membelakangkan ramai lagi penggiat seni tempatan. Mempertahankan keputusan bakal diambil, jelas Azlin, sebelum ini pemilihan Ramli MS dan Ramli Sarip juga dari luar, kedua-duanya berasal dari Singapura.

Mereka yang pernah diberi mandat sebagai pengetua AF ialah Datuk Freddie Fernandez (AF1), Ramli MS (AF2), M Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4), Ramli MS (AF5), Roslan Aziz (AF6), Datin Seri Tiara Jacquelina (AF7) dan Norman Abdul Halim (AF8).
Begitu juga dengan pengacaranya. Pada tahun ini Aznil Nawawi disebut-sebut bakal kembali mengendalikan konsert dan diari di mana sewaktu pengacara popular itu meletakkan jawatan, ia digalas A.C Mizal dan Sarimah Ibrahim.

Ditanya mengenai perkara itu, Azlin menyatakan, rancangan itu akan dikendalikan pengacara popular dan tidak mustahil sekiranya Aznil kembali mengendalikan AF9 memandangkan ini adalah musim terakhir sebelum ia menutup tirai secara rasmi dan digantikan dengan satu program realiti TV lain.
"Ini adalah Akademi Fantasia terakhir dan selepas ini tidak akan ada lagi Akademi Fantasia. Kami akan menggantikannya dengan satu rancangan menampilkan konsep berbeza. "Pada kami, sudah tiba masanya Akademi Fantasia ditutup kerana setiap perkara yang bermula pasti akan berakhir. Untuk musim terakhir ini, kami akan cuba menggabungkan semua elemen menarik yang pernah ada dalam Akademi Fantasia termasuklah bekas pelajarnya akan dijemput untuk menjayakannya," katanya.

Jelas Azlin, pada musim ini buat pertama kalinya Astro Ria memperkenalkan uji bakat secara online untuk AF9. Bermula 13 hingga 27 Januari, orang ramai boleh menghantar klip video nyanyian mereka di laman sesawang menerusi www.akademifantasia.com.my.

"Seiring dengan perkembangan teknologi, uji bakat secara online akan memudahkan orang ramai untuk turut serta. Selain menjimatkan masa, peserta juga dapat menambahkan keyakinan diri dan mengumpul peminat sendiri dengan muat naik video tersebut ke laman web, facebook dan youtube yang popular penggunaannya pada masa kini. "Selain itu, peserta yang dipilih tidak perlu bersusah payah untuk beratur sebagaimana sebelum ini. Mereka yang dirasakan layak akan dipanggil untuk mengunjungi dua lokasi uji bakat iaitu di Hotel Promenede, Kota Kinabalu dan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi sesi pemilihan kedua dan ketiga," katanya. Uji bakat di Sabah dilakukan pada 28,29 dan 30 Januari sementara di Bukit Jalil pada 11,12 dan 13 Februari. Syarat-syarat penyertaan masih lagi sama dan had umur penyertaan adalah 18 hingga 45 tahun. Tahun ini juga senarai lagu untuk dinyanyikan mereka yang mahu uji bakat turut ditambah daripada 20 kepada 40 jenis lagu pelbagai rentak. Untuk mengetahui lanjut mengenai sesi uji bakat diadakan mereka yang berminat boleh melayari www.akademifantasia.com.my. Mengimbas kembali kejayaan AF, juara musim pertama ialah Vince, Zahid, Mawi, Faizal , Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir. Pengacara pula, Aznil mengendalikan program itu selama lima musim kemudian diambil alih AC Mizal (dua musim) dan tahun lalu gandingan Sarimah dan Jimmy Shanley.-METRO

1 comments

Kool Stuffs said... @ January 16, 2011 at 6:45 AM

kalau ahmad dhani jadik pengetua menarik gak...what he can do to AF9 so that it is not cliche and lame..
ea la,kate final season..mesti la gempak..

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics