Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » BANJIR-8 SEKOLAH DI KELANTAN TUTUP
| 0 comments ]
Share

Lapan sekolah di kelantan tutup akibat banjir.Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mengumumkan lapan buah sekolah di seluruh negeri ini belum dapat memulakan sesi persekolahan esok disebabkan banjir.
 
Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata, lima sekolah terbabit adalah di daerah Rantau Panjang, dua di Tumpat dan sebuah di Gua Musang.

Sekolah-sekolah di Rantau Panjang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang; SK Sri Rantau Panjang I; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC) Kay Boon dan SK Lubok Setol.
Di Tumpat, sekolah terlibat adalah SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan.
Sebuah sekolah di Gua Musang adalah SK Bihai iaitu sekolah bagi pelajar Orang Asli.
Hussain berkata, keputusan menangguhkan sesi persekolahan itu dibuat kerana bangunan sekolah terbabit digenangi air atau jalan menuju ke sekolah ditenggelami air menyebabkan terputus hubungan. – Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics