Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » BANJIR DI TERENGGANU MENINGKAT
| 2 comments ]
Share

BANJIR DI TERENGGANU MENINGKAT.Keadaan banjir di Terengganu malam ini bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 692 orang daripada 65 keluarga berbanding 144 orang petang tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata, sehingga pukul 8 malam ini seramai 414 orang daripada 210 keluarga di Hulu Terengganu dipindahkan berbanding 52 orang petang tadi.

Mukim-mukim yang terlibat dengan banjir di Hulu Terengganu ialah Hulu Telemong, Hulu Berang dan Bukit Diman, katanya ketika dihubungi di sini.

Di Setiu pula, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 259 orang membabitkan 65 keluarga berbanding 92 orang daripada 28 keluarga sebelum ini.

Jurucakap itu berkata, di Kemaman 19 orang daripada lima keluarga di Padang Kubu dipindahkan ke pusat pemindahan petang ini.

Sebanyak 14 pusat pemindahan dibuka sehingga pukul 8 malam ini iaitu sembilan di Hulu Terengganu, satu di Kemaman dan empat di Setiu, katanya

2 comments

su said... @ January 7, 2011 at 1:25 AM

salam kenal ye cikgu...i follow u, 346 :)


~tice su@cikgu su~

Unknown said... @ January 7, 2011 at 7:55 AM

harap2 xdek ler ramai yg tekorban nnti..

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics