Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » GAMBAR ANA RAFALI,JUARA AJL 25
| 3 comments ]
Share

MENANG...Ana Rafali selepas muncul juara AJL25, malam tadi. Di kanan, Ahmad Izham.
GAMBAR ANA RAFALI,JUARA AJL 25.Ana Rafali selepas muncul juara AJL25, malam tadi. Di kanan, Ahmad Izham.Lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafali berjaya mengungguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
 
Menerusi kemenangan itu juga, lagu ciptaan dan lirik oleh Ana sendiri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.
Tempat kedua pula dimenangi lagu Drama King dendangan Black dan Meet Uncle Hussain yang berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Kalam. Lagu dendangan Hafiz itu memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.



Lagu sama membawa tuah kepada Hafiz apabila memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.


Sementara itu, Faizal Tahir menang kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Hanyut dan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Antara lagu lain yang bertanding pada AJL25 kali ini ialah Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir, Black (Sofea Jane), A.P.I (Pelita), Yuna (Cinta Sempurna), Hujan (Mencari Konklusi), Bunkface (Extravaganza), Tomok (Berlari), Shahir (Kebahagiaan Dalam Perpisahan), Adira (Ku Ada Kamu), Stacy (Jahat).


Barisan juri profesional untuk AJL25 daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik yang terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, M Nasir sebagai Ketua Juri; Habsah Hassan; Hasridz Murshim Hashim (Acis); Mohd Azhar Abu Bakar (Azmeer); Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search); Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas (Pacai) dan Andy Flop Poppy.


Acara gilang-gemilang ini sekali lagi menggandingkan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar untuk memeriahkan suasana.


Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Francesca Peters menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran, Nash (Pada Syurga Di Wajahmu), M Nasir (Tanya Sama Hud Hud) dan interlude istimewa membabitkan Datuk Sharifah Aini yang mendendangkan lagu pop, Ziana Zain (balada) dan Datuk Siti Nurhaliza (Etnik Kreatif).


AJL25 yang disiarkan secara langsung di TV3 dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi.


Hadiah kepada pemenang disampaikan Ahmad Izham Omar.-METRO

 

3 comments

Ceqla said... @ January 10, 2011 at 6:32 PM

Tahniah utk ana :)
suka-suka...

wah, lama tal melawat blog sahabat terbaik ni,mantaop2 suka ana rafali eh syahir :p



http://www.penanti.com/contest-blog/domain-hosting-percuma-dari-penanti-com/

caer sasuke said... @ January 10, 2011 at 9:55 PM

ana rafali cun..hehe

Anonymous said... @ January 11, 2011 at 9:55 AM

muke mcm jalang..

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics