Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » IMPLIKASI LAPORAN RAHMAN TALIB 1960-SISTEM PENDIDIKAN KINI
| 0 comments ]
Share

IMPLIKASI LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN KINI.Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
  • Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.
  • Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas
  • Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir
  • Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan:

1.         Bahasa kebangsaan
a.         Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah   
            dan institusi pengajian tinggi.
b.         Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
c.         Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.
2.         Kelas peralihan
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.
3.         Kenaikan automatik
a.         Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah 
            bantuan kerajaan.
b.         Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah
            rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
c.         Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya.
4.         Matapelajaran akhlak
a.         Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.
b.         Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics