Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » KEPUTUSAN INKUES KEMATIAN BENG HOCK
| 0 comments ]
Share

Keputusan inkues kematian Beng Hock diketahui petang esok.Keputusan yang ditunggu-tunggu mengenai inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock dijangka diketahui pada petang esok.

Koroner Azmil Muntapha Abas akan menyampaikan keputusan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada pukul 2.30 petang esok.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi berkata, setakat ini tidak ada tanda-tanda sebarang penangguhan mengenai keputusan itu yang diterima daripada pegawai mahkamah berkenaan.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.-UTUSAN

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics