Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » MAJLIS PERKAHWINAN TAIB MAHMUD DAN PUAN SRI RAGAD
| 1 comments ]
Share


ABDUL Taib Mahmud memimpin Ragad Waleed Alkurdi memasuki Kompleks Dewan Undangan Negeri pada majlis perkahwinan mereka di Petra Jaya, Kuching, Sarawak malam tadi

Majlis perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi berlangsung dalam suasana meriah di Petra Jaya, malam ini.
Bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru, majlis bermula pukul 9.15 malam apabila kedua-dua mempelai diiringi masuk ke dewan persandingan bersama tetamu kehormat.
Meskipun diadakan secara tertutup, majlis berkonsepkan perkahwinan ala Inggeris yang mendapat sentuhan perunding terkenal, Datuk Raja Rezza Shah itu dihadiri 460 tetamu dari dalam dan luar negara.
Antara orang kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah ahli keluarga pengantin perempuan, beberapa Menteri Kabinet dan negeri, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pembesar negeri.
Pada majlis itu, anak kedua Abdul Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menyampaikan ucapan ringkas dan latar belakang pasangan itu serta mengucapkan selamat hari lahir kepada Ragad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.
"Saya juga ingin berkongsi dengan anda mimpi Puan Sri Ragad kira-kira lima bulan yang lalu. Beliau bermimpi dilamar oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dan dibawa pergi dengan menaiki sebuah Rolls Royce," katanya.
Sebelum majlis berakhir, Abdul Taib yang segak mengenakan tuksedo hitam manakala isterinya mengenakan gaun malam serba putih menyempurnakan upacara memotong kek setinggi lima tingkat.
Abdul Taib diijabkabulkan dengan Ragad yang berasal dari Syria pada 18 Disember lalu di kediamannya di Demak Bharu di sini sekali gus menamatkan zaman duda selepas kematian Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April lalu.
Beliau yang berkahwin dengan Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.-UTUSAN

1 comments

monica said... @ January 16, 2011 at 9:52 AM

congrats kpd mereka..sy pon buat psl post ini di blog saya.. :)

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics