Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » PAKEJ UNIFI PERCUMA SEBULAN
| 0 comments ]
Share

Jom daftar atau register PAKEJ UNIFI PERCUMA SEBULAN.TELEKOM Malaysia Bhd (TM), penyedia rumusan komunikasi dan maklumat bersepadu utama Malaysia, menawarkan yuran langganan pakej UniFi percuma selama sebulan kepada semua pelanggan baru yang mendaftar secara online.

TM berkata, pendaftaran secara online itu membolehkan orang awam menggunakan saluran baru untuk mendaftar dan menyemak perkhidmatan UniFi dengan pantas menerusi www.tm.com.my.

“Proses ini membolehkan pelanggan baru menyemak kesediaan perkhidmatan berdasarkan alamat, mewujudkan kata laluan dan profil tersendiri, menguruskan akaun mereka dan membuat temu janji pemasangan,” kata syarikat itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Dilancarkan pada September 2008, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) nasional bernilai RM11.3 bilion itu ialah usaha sama awam-swasta antara TM dan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.-METRO

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics